15 Oktober 2020, 8:00 PG - 5:00 PTG
Fakulti Syariah & Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
Tema "Covid-19: Implikasi, Prospek dan Solusi"


Pengenalan dan Objektif
PENGENALAN
Program SAIS 2020 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.
Sehubungan itu, SAIS 2020 kali ini bertemakan “Covid-19: Implikasi, Prospek dan Solusi” yang meliputi subtema Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, serta Ekonomi & Perniagaan.
SAIS 2020 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.
Dalam jangka masa panjang, SAIS 2020 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains dan islam; sebagai pendokumentasian amalan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan bagi memperkasakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik berpaksikan epistomologi tauhidik Islam.
OBJEKTIF SAIS 2020
Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2020 seperti dinyatakan di atas.
Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama.
* Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2020 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor ISBN.
* Kertas kerja terpilih berpeluang untuk diterbitkan di dalam jurnal dan bab dalam buku. Tertakluk kepada terma & syarat.
* Sesi pembentangan akan dijalankan secara fizikal dan maya.

Tentatif Seminar
Registration
8:00 AM - 9:00 AM
ZOOM
Keynote Speech 1
9:00 AM - 9:15 AM
Prof. Dr. Rosni Samah
Faculty of Major Language Studies, USIM
Title: كورونا: تحديات جديدة في تطوير مناهج العلوم الإسلامية واللغة العربية في ماليزيا
Keynote Speech 2
9:15 AM - 9:30 AM
Prof. Dr. Norita Md Norwawi
Faculty of Science and Technology, USIM
Title: Unleashing the Power of Big Data Through COVID-19 Pandemic
Keynote Speech 3
9:30 AM - 9:45 AM
Assoc. Prof. Dr. Nuradli Ridzwan Shah
Faculty of Economics and Muamalat, USIM
Title: Penjanaan dan Pengembangan Kekayaan Pasca COVID-19
Keynote Speech 4
9:45 AM - 10:00 PG
Assoc. Prof. Dr. Azman Ab. Rahman
Faculty of Syariah and Law, USIM.
Title: Penyelidikan dan Inovasi Pasca COVID-19 Menurut Ibnu Khaldun: Isu dan Prospek
Concurrent Sessions 1
10:00 AM - 01:30PM
Arabic Language
Concurrent Sessions 2-4
10:00 AM - 01:30PM
English Language
Concurrent Sessions 5-7
10:00 AM - 01:30PM
Bahasa Malaysia
End of Seminar
01:30 - 02:00
End of Seminar
Hubungi SAIS 2020
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
Setiausaha SAIS 2020 : Dr Mohd Nizwan bin Musling (013-7547957)
Pengarah SAIS 2020 : Dr Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi (019-6106916)
E-mel : seminar.sais2020@gmail.com
FB : Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)