top of page
Networking Event

PENGENALAN DAN OBJEKTIF

LATAR BELAKANG

  1. Program SAIS 2020 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.

  2. Sehubungan itu, SAIS 2020 kali ini bertemakan “Covid-19: Implikasi, Prospek dan Solusi Menurut Islam dan Sains” yang meliputi subtema Ekonomi & Muamalat, Bahasa & Pendidikan, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sains & Teknologi, Pengajian Islam, Perundangan, dan Perubatan & Kesihatan.

  3. SAIS 2020 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.

  4. Dalam jangka masa panjang, SAIS 2020 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains dan islam; sebagai pendokumentasian amalan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan bagi memperkasakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik berpaksikan epistomologi tauhidik Islam.


OBJEKTIF SEMINAR


  1. Membentang kertas kerja kajian yang dijalankan oleh ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM mengikut tema SAIS 2020 seperti dinyatakan di atas.

  2. Berkongsi dan bertukar pendapat mengenai isu, kaedah dan penyelesaian perihal kajian yang dijalankan bagi mendapatkan resolusi bersama.


    * Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2020 akan diterbitkan dalam e-prosiding yang mempunyai nombor ISBN.
    ​* Kertas kerja terpilih berpeluang untuk diterbitkan di dalam jurnal dan bab dalam buku. Tertakluk kepada terma & syarat.
    * Sesi pembentangan akan dijalankan secara fizikal dan maya.

Pengenalan dan Objektif: About
bottom of page