15 Oktober 2020, 8:00 PG - 5:00 PTG
Fakulti Syariah & Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
Tema "Covid-19: Implikasi, Prospek dan Solusi"
SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS (SAIS 2020)
Kha, 15 Okt
|Online Event (ZOOM)
Introducing SEMINAR ANTARABANGSA ISLAM DAN SAINS (SAIS 2020), a one-of-a-kind experience that brings together the most talented and driven professionals in the industry.


Time & Location
15 Okt 2020, 8:00 PG – 5:00 PTG
Online Event (ZOOM)
About the event
LATAR BELAKANG
Program SAIS 2020 adalah sebuah platform wacana ilmiyyah untuk ahli akademik/penyelidik dan pelajar pascasiswazah USIM berkongsi perihal kajian dan penyelidikan berkaitan isu-isu semasa bidang multidisiplin dan inovasi yang berpaksikan epistimologi tauhidik.
Sehubungan itu, SAIS 2020 kali ini bertemakan “Covid-19: Implikasi, Prospek dan Solusi” yang meliputi lima subtema iaitu Pengajian Islam, Sains Sosial, Kemanusiaan, Sains & Teknologi, dan Ekonomi & Perniagaan.
SAIS 2020 juga sebagai program berkala yang berteraskan hubungan dua hala yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara warga USIM dan juga para pelajar pascasiswazah USIM.
Dalam jangka masa panjang, SAIS 2020 berhasrat untuk menjadi medan rujukan bagi penemuan dan kaedah terbaharu inovasi dalam bidang sains dan islam; sebagai pendokumentasian amalan untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan bagi memperkasakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik berpaksikan epistomologi tauhidik Islam.